Showing posts with label Anti PKR. Show all posts
Kemelut PKR dedahkan politik palsu Anwar
BERMULA dengan nama Parti Keadilan Rakyat (PKR), singkatan parti tersebut kini diberi pelbagai gelaran berikutan satu demi satu kemelut yang melandanya.
Apabila ramai wakil rakyat PKR keluar parti ia dipanggil ‘Parti Kian Rapuh.’ Apabila ahli-ahli bergaduh dalam mesyuarat ia dianggap ‘Parti Kian Rosak.’ Kini, apabila berlaku konflik melibatkan soal pemilihan, ia ditafsirkan sebagai ‘Parti Kian Reput.’
Tidak kisahlah apa pun panggilan kepada PKR, apa yang berlaku membongkar dan mendedahkan segala perjuangan politik kepalsuan yang dicetuskan oleh Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Satu demi satu pendedahan yang dibuat oleh bekas Pengerusi Perhubungan PKR Wilayah Persekutuan Datuk Zaid Ibrahim dan disambut oleh ramai pemimpin parti itu sudah membuktikan bahawa PKR adalah parti penuh masalah.
Jika sebelum ini teori penguasaan 3A yang melibatkan Anwar, Azmin Ali dan Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dalam PKR cuba ditutupi namun kini semuanya sudah terdedah.
Kerakusan Anwar dalam berpolitik dengan mengamalkan apa juga pendekatan termasuk mengatur pemilihan parti agar menyebelahi orang-orang kesayangannya semakin terserlah.
Hubungan akrab Anwar-Azmin dengan direstui oleh Wan Azizah yang tidak mampu berbuat apa-apa, biarpun beliau seorang Presiden telah merosakkan segala struktur perjalanan politik PKR.
Kita tidak perlu bercakap soal impian Anwar ke Putrajaya kerana sejak awal lagi orang tahu PKR tidak ada keupayaan itu.
Sebaliknya Anwar hanya mahu membuka laluan kepada DAP untuk menguasai Putrajaya asalkan beliau menjadi Perdana Menteri.
Anwar tidak peduli apa pun protes pemimpin-pemimpin PKR lain terhadap tindakannya dalam soal pemilihan parti itu terutama bagi jawatan Timbalan Presiden.
Ramai yang percaya kalaulah mangsa tersebut bukan Zaid tetapi Azmin, sudah pasti Anwar akan menggunakan segala kuasa yang ada padanya bagi membolehkan pemilihan diadakan semula.
Malah ada andaian, kalau pun anaknya, Nurul Izzah sekalipun menjadi mangsa belum tentu Anwar akan bertindak tetapi jangan sesiapa pun menyentuh Azmin.
PKR menjadi parti kian rosak akibat percaturan politik Anwar yang sememangnya ketika dalam UMNO dulu pun memang suka mengamalkan politik nepotisme dan kronisme.
Tetapi orang seperti Anwar tidak peduli kepada parti. Bagi beliau, parti serta mereka yang berada di dalamnya hanyalah kuda tunggangan untuk beliau mencapai cita-cita politiknya.
Namun Anwar terlupa bahawa kepalsuan, pembohongan dan sandiwara tidak boleh bertahan selama-lamanya.
Melalui tindakan Zaid yang lantang mahu Anwar dan Azmin berundur, bekas Ahli Parlimen Kota Bharu itu hakikatnya membangkitkan semangat pemimpin dan ahli PKR yang lain.
Selama ini, mereka sememangnya tidak berpuas hati dengan Anwar-Azmin tetapi tidak mampu melakukan apa-apa sehinggalah muncul Zaid bagi memperbetulkan keadaan.
Apa yang menariknya, Zaid tidak keseorangan malahan beberapa pemimpin kanan PKR yang sebelum ini dikatakan begitu setia dengan Anwar turut menyokong beliau.
Keadaan tersebut sudah pasti merimaskan Anwar tetapi sebagai seorang yang sememangnya licik dalam manuver politik, Anwar berpura-pura menunjukkan ketenangan.
Bagaimanapun ‘pertarungan’ kali ini mungkin akan mewujudkan senario yang berbeza kerana kalaupun Anwar berjaya mempertahankan Azmin tetapi beliau tidak akan mampu menahan arus penolakan terhadap mereka berdua secara keseluruhannya.
Ia kerana rakyat, malahan pemimpin dan ahli PKR sendiri sudah dapat menilai siapa Anwar sebenarnya. Parti itu hanya boleh diselamatkan jika Anwar dan Azmin, seperti mana kata Zaid – Berundur.
Gelombang penentangan terhadapnya secara terang-terangan perlu dijadikan isyarat bahawa beliau sudah tidak lagi digeruni sebagai pemimpin yang bakal membawa kegemilangan terhadap PKR.
Sebaliknya PKR akan menjadi sebuah parti koyak rabak akibat kedegilan Anwar menerima hakikat tersebut. Anwar dan Azmin sudah tidak lagi berhak bercakap soal demokrasi apatah lagi hendak memperjuangkan nasib rakyat.
Segala kekalutan yang berlaku dalam PKR sudah menjadi bukti bahawa mereka tidaklah sehebat mana, oleh itu tidak payahlah Anwar dan Azmin bermimpi untuk menawan Putrajaya kerana PKR sendiri ibarat sebuah kapal yang hampir karam.
Terimalah hakikat bahawa sebuah parti yang ditubuhkan atas dasar kebencian dan semata-mata demi memperjuangkan nasib seorang individu tidak akan ke mana.
Apatah lagi apabila ia disulami dengan pendekatan politik matlamat menghalalkan cara seperti mana dilakukan oleh Anwar.
Pergolakan PKR Memuncak, Wan Azizah Membisu
KUALA LUMPUR, 11 Nov (Bernama) -- Pergolakan dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) berikutan bekas calon timbalan presiden Datuk Zaid Ibrahim mendesak Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Naib Presiden Mohamed Azmin Ali, yang juga calon timbalan presiden, meletakkan jawatan masing-masing, belum menunjukkan tanda-tanda akan reda.
Anggota parti itu yang menghadapi pemilihan Majlis Pimpinan Pusat (MPP), yang menurut Zaid tidak telus, menunggu bentuk tindakan Presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam menyelesaikan kemelut yang melanda parti itu.
Isnin lepas, Zaid mengumumkan menarik diri daripada pertandingan dan melepaskan jawatan pengerusi PKR Wilayah Persekutuan serta semua jawatan-jawatan lain dalam parti.
Berikutan itu, seorang lagi Naib Presiden parti yang juga pengerusi PKR Negeri Perak Mustafffa Kamil Ayub turut mendesak supaya pemilihan parti yang bermula 29 Okt lepas dibatalkan kerana dakwanya berlaku kepincangan dan beliau berjanji akan mengambil "tindakan" sekiranya memorandumnya kepada parti tidak dilaksanakan.
Tempoh 48 jam yang diberikan kepada parti oleh Mustaffa tamat petang ini. Bagaimanapun Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) Dr Molly Cheah memberitahu pemberita petang ini, pemilihan itu tetap akan diteruskan.
"Pemilihan itu tidak boleh dihentikan dengan begitu mudah semata-mata kerana ada pihak mendakwa berlaku kepincangan dalam sistem pemilihan. Orang kena faham untuk membuat sesuatu keputusan perlu ambil masa, setiap aduan kita perlu teliti dahulu," katanya.
Penganalisis politik berpendapat bahawa sikap Wan Azizah dalam menangani permasalahan parti berkemungkinan dipengaruhi faktor antara kesetiaan terhadap parti atau kepada suami.
"Sepatutnya sebagai presiden yang sah dan memiliki kesahan, beliau (Wan Azizah) perlu menyatakan pendiriannya supaya dilihat tidak tunduk kepada bayangan suaminya.
"Tanpa sebarang kenyataan daripada Wan Azizah, parti akan dilihat sekadar bergantung kepada presiden boneka dan jika itu keadaannya, barangkali Wan Azizah perlu melepaskan jawatan kepada Anwar daripada Anwar sekadar menjadi pemimpin de facto parti," kata Dr Sivamurugan Pandian kepada Bernama di sini.
Pensyarah Sains Politik dari Universiti Sains Malaysia (USM) itu berkata:"persoalannya sekarang ialah adakah Wan Azizah sanggup menyanggah Anwar dan Mohamed Azmin serta mengutamakan kepentingan parti?."
Zaid, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan bekas anggota Umno mendakwa dirinya telah tersilap apabila menawarkan diri untuk bertanding kerana menganggap PKR parti yang membawa politik progresif, mengembangkan demokrasi dan meningkatkan ketelusan.
Sebaliknya, beliau mendakwa sepanjang pemilihan PKR, kepimpinan parti itu membiarkan salah laku dan penipuan berleluasa dengan tujuan mencapai objektif tertentu.
Sivamurugan berkata tindakan mendiamkan diri, juga membuat orang bertanya adakah Wan Azizah boleh diibaratkan seolah-olah menyokong gesaan Zaid supaya Anwar dan Mohamed Azmin berundur dari PKR.
Persoalan lain yang timbul ialah apakah pemilihan MPP parti itu mampu memberikan nafas baru kepada PKR serta menjadikannya benar-benar menepati fungsinya sebagai parti pembangkang yang berkesan.
Pemilihan MPP yang berakhir 21 Nov ini menyaksikan 131 daripada keseluruhan 218 cabang bakal mengadakan pemilihan mereka bagi menentukan nasib kepimpinan baru yang akan menerajui parti bagi tempoh 2010-2013.
Sehingga Ahad lepas, sebanyak 87 cabang telah mengadakan pemilihan di mana Mohamed Azmin mendahului saingan jawatan timbalan presiden dengan memperoleh 6,467 undi, manakala Zaid (3,988) dan Mustaffa Kamil (1,215).
-- BERNAMA
Popular Posts
-
BERMULA dengan nama Parti Keadilan Rakyat (PKR), singkatan parti tersebut kini diberi pelbagai gelaran berikutan satu demi satu kemelut yang...
-
PKR memang disanjung di Sarawak. Mereka pandai berlakon dan menabur fitnah ke mana sahaja mereka pergi. Fitnah ini walaupun sudah jelas ad...
-
PETALING JAYA, 13 Nov (Bernama) -- Seramai 200 anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Sabtu melakukan protes di depan ibu pejabat parti it...
-
TELUK INTAN, 12 Nov (Bernama) -- Parti Keadilan Rakyat (PKR) berdepan dengan kehancuran berikutan kemelut dalaman yang berlaku dalam parti i...
-
KUALA LUMPUR, 11 Nov (Bernama) -- Pergolakan dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) berikutan bekas calon timbalan presiden Datuk Zaid Ibrahim me...
About Me
Labels
- Anti PKR (2)
- Anwar Ibrahim (4)
- Anwar Undur (2)
- Baru Bian (1)
- BN (1)
- Chong Chieng Jen (1)
- DAP (1)
- PKR (5)
- Presiden PKR (1)
- Sarawak (1)
- Taib Mahmud (1)

