Anwar Hilang Kepercayaan, PKR Berdepan Kehancuran

sebahagian besar anggota PKR dilihat telah hilang kepercayaan terhadap penasihat parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tidak mempunyai matlamat perjuangan sebaliknya hanya kepentingan peribadi dan keluarga. "Percanggahan pendapat antara akar umbi dengan kepimpinan atasan menambah konflik dalaman dan menjadi punca krisis parti itu ...

Kemelut PKR dedahkan politik palsu Anwar

Apabila ramai wakil rakyat PKR keluar parti ia dipanggil ‘Parti Kian Rapuh.’ Apabila ahli-ahli bergaduh dalam mesyuarat ia dianggap ‘Parti Kian Rosak.’ Kini, apabila berlaku konflik melibatkan soal pemilihan, ia ditafsirkan sebagai ‘Parti Kian Reput.’ Tidak kisahlah apa pun panggilan kepada PKR, apa yang berlaku membongkar dan mendedahkan segala perjuangan politik kepalsuan yang dicetuskan oleh Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim. ...

200 Anggota PKR Desak Pemilihan MPP Dihentikan,Desak Anwar Berundur

Protes itu juga mempamerkan beberapa kain rentang yang tertera perkataan "Shame on you Anwar", "Anwar dan Azmin: pemimpin paling kotor, cakap tak serupa bikin, pemilihan parti yang paling kotor, penipu, pembohong dan pengkhianat dan mereka akan hancurkan parti kesayangan kita" serta "kami cinta Parti Keadilan Rakyat, penipuan di Pemilihan parti, demokrasi dikuburkan, apakah ini keadilan, jangan tipu kami..

Prev Next

Archive for February 2011

A Post Without Image

Baru Bian Hidung Tinggi

PKR memang disanjung di Sarawak.  Mereka pandai berlakon dan menabur fitnah ke mana sahaja mereka pergi.  Fitnah ini walaupun sudah jelas adalah permainan politik PKR namun, pengikut-pengikut mereka yang hampa akan percaya seratus-peratus!!!
Pakatan Rakyat pula semakin bertambah hebat! Memetik blogger Anak Merdeka,

.. Pakatan Pembangkang yang diterajui oleh Anwar Ibrahim. Saya mahu ambil pembohongan yang telah dihidangkan oleh Anwar Ibrahim kepada rakyat satu ketika dulu sebagai satu contoh yang terbaik. Beliau sebelum ini pernah berjanji kepada satu Malaysia bahawa Pakatan Pembangkang akan mengambilalih pentadbiran kerajaan di Putrajaya pada 16 September 2008 dengan kemasukan beramai-ramai lebih 30 orang Ahli Parlimen Barisan Nasional ke dalam Pakatan Pembangkang.

Sebelum itu juga rakyat telah diperdaya oleh beliau dengan kisah 6 kotak rahsia yang kononnya mengandungi segala dokumen penyelewengan yang telah dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional. Tetapi sehingga kini, jangankan hendak dikatan 6 kotak, 1 kotak pun Anwar Ibrahim belum lagi dapat keluarkan untuk membukti kepada rakyat negara ini bahawa dakwaan beliau adalah benar dan tidak bohong....

Kemampuan untuk menipu dan sengaja mengada-ngadakan cerita ini membuatkan parti pembangkang tidak akan dipandang rendah di Sarawak.  Mereka perlu dipandang tinggi seperti Baru Bian, bakal Ketua Menteri Sarawak.  

Belum jadi YB sudah berlagak macam YB!! Dia pandai memilih kes NCR untuk menyaman kerajaan!!  Kalau kes yang tidak mampu menang memang dia tidak akan ambil!!?  Kalaulah Baru Bian jadi Ketua Menteri kelak, alamatnya semua tanah di Sarawak jadi tanah NCR dan akan dijual kepada orang luar yang mampu membayar harga yang tinggi kepadanya!! Maklumlah Ketua Menteri Sarawak Baru Bian akan menggubal segala jenis undang-undang dan ordinan tanah bagi memudahkan kerja beliau kelak!!!
Lain halnya dengan Chong Chieng Jen, sentiasa merendah diri macam salesman di kedai kopi menjual majalah Roket kepada orang ramai.  Orang begini pun harus disanjung, bila di depan ahli parti DAP dia tidak akan merokok, tetapi apabila sarapan pagi bersama isteri maka dia akan merokok!!! Perangai hipokrit seperti ini juga perlu diawasi untuk memastikan buku bertemu ruas dan menjaminkan kerusi kemenangan bukan milik mereka!!!


BN Sarawak Tidak Pernah Pandang Rendah Kemampuan Parti Pembangkang, - Taib 
Posted BERNAMA 18 Februari, 2011 17:18 PM 
SIBU, 18 Feb (Bernama) -- Barisan Nasional (BN) Sarawak tidak pernah memandang rendah kemampuan parti-parti pembangkang di negeri ini untuk menang pada setiap kali pilihan raya diadakan, kata Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

Beliau berkata malah BN negeri sentiasa membuat persiapan rapi untuk menghadapi pembangkang dalam pilihan raya.

"Ia adalah strategi biasa BN. Kita tidak pernah pandang rendah mereka (parti-parti pembangkang)," katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan upacara peletakan batu asas projek Kompleks Islam Sarawak bernilai RM46.6 juta di Jalan Awang Ramli Amit di sini Jumaat. Kos projek itu dibiayai oleh Tabung Baitulmal Sarawak (TBS).

Taib yang juga pengerusi BN negeri berkata demikian ketika diminta mengulas ingatan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam supaya BN Sarawak tidak memandang remeh kemampuan pihak pembangkang pada pilihan raya negeri akan datang.

Penggal Dewan Undangan Negeri Sarawak akan tamat pada 24 Julai ini.

Ketua Menteri juga melahirkan rasa bangga dengan kesedaran ditunjukkan masyarakat Cina di negeri ini terhadap perjuangan BN dan berharap trend seumpama itu akan berterusan.

Terdahulu dalam ucapannya, Taib melahirkan rasa bangga dengan prestasi cemerlang TBS apabila telah mendapat pengiktirafan di dalam dan di luar negara dalam urusan pentadbiran dan pengurusan kewangan zakat.

Katanya di peringkat kebangsaan TBS telah diberi pengiktirafan tinggi sebagai pentadbir kewangan Islam terbaik di Malaysia manakala di peringkat antarabangsa, TBS diberi kepercayaan untuk membantu menubuhkan tabung baitulmal di Australia pada tahun ini.

Beliau berkata Pengurus Besar TBS Abang Shibli Abang Mohammad Nailie telah diarah untuk membantu penubuhan tabung baitulmal berkenaan.

Sementara itu, Abang Shibli ketika ditemui pemberita berkata beliau telah pergi ke Australia pada tahun lalu untuk membincangkan dan memberi khidmat nasihat serta perkongsian pengalaman bagi penubuhan tabung baitulmal tersebut.

-- BERNAMA