Anwar Hilang Kepercayaan, PKR Berdepan Kehancuran

sebahagian besar anggota PKR dilihat telah hilang kepercayaan terhadap penasihat parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tidak mempunyai matlamat perjuangan sebaliknya hanya kepentingan peribadi dan keluarga. "Percanggahan pendapat antara akar umbi dengan kepimpinan atasan menambah konflik dalaman dan menjadi punca krisis parti itu ...

Kemelut PKR dedahkan politik palsu Anwar

Apabila ramai wakil rakyat PKR keluar parti ia dipanggil ‘Parti Kian Rapuh.’ Apabila ahli-ahli bergaduh dalam mesyuarat ia dianggap ‘Parti Kian Rosak.’ Kini, apabila berlaku konflik melibatkan soal pemilihan, ia ditafsirkan sebagai ‘Parti Kian Reput.’ Tidak kisahlah apa pun panggilan kepada PKR, apa yang berlaku membongkar dan mendedahkan segala perjuangan politik kepalsuan yang dicetuskan oleh Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim. ...

200 Anggota PKR Desak Pemilihan MPP Dihentikan,Desak Anwar Berundur

Protes itu juga mempamerkan beberapa kain rentang yang tertera perkataan "Shame on you Anwar", "Anwar dan Azmin: pemimpin paling kotor, cakap tak serupa bikin, pemilihan parti yang paling kotor, penipu, pembohong dan pengkhianat dan mereka akan hancurkan parti kesayangan kita" serta "kami cinta Parti Keadilan Rakyat, penipuan di Pemilihan parti, demokrasi dikuburkan, apakah ini keadilan, jangan tipu kami..

Prev Next

Anwar Hilang Kepercayaan, PKR Berdepan Kehancuran

TELUK INTAN, 12 Nov (Bernama) -- Parti Keadilan Rakyat (PKR) berdepan dengan kehancuran berikutan kemelut dalaman yang berlaku dalam parti itu, kata anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Tajuddin Abdul Rahman.

Beliau berkata sebahagian besar anggota PKR dilihat telah hilang kepercayaan terhadap penasihat parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tidak mempunyai matlamat perjuangan sebaliknya hanya kepentingan peribadi dan keluarga.
"Percanggahan pendapat antara akar umbi dengan kepimpinan atasan menambah konflik dalaman dan menjadi punca krisis parti itu," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan Deepavali di Hospital Teluk Intan di sini.

Katanya krisis dalaman PKR itu memberi manfaat kepada Barisan Nasional (BN) untuk meraih sokongan rakyat terutama dalam menghadapi pilihan raya umum ke-13.

Baru-baru ini, pergolakan dalam PKR berterusan apabila bekas calon timbalan presiden Datuk Zaid Ibrahim mendesak Anwar dan Naib Presiden Mohamed Azmin Ali, yang juga calon timbalan presiden meletakkan jawatan masing-masing.

Zaid juga mendakwa pemilihan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) parti itu tidak telus.

Seorang lagi Naib Presiden parti yang juga pengerusi PKR Negeri Perak Mustaffa Kamil Ayub turut mendesak supaya pemilihan parti yang bermula 29 Okt lepas dibatalkan kerana dakwanya berlaku kepincangan dan beliau berjanji akan mengambil "tindakan" sekiranya memorandumnya kepada parti tidak dilaksanakan.

-- BERNAMA

Leave a Reply